Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Kesan negatif ekonomi China terhad - Ahli ekonomi

Ahli ekonomi berpendapat kesan negatif yang dicetuskan wabak COVID-19 ke atas ekonomi China adalah terhad, lapor agensi berita Xinhua.

Profesor ekonomi di Institut Teknologi Illinois, Chicago Khairy Tourk berkata kesan negatif hanya berlaku pada suku tahun pertama, selepas itu sehingga akhir tahun keadaan kembali seperti biasa.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia memuji tindakan China dalam menangani wabak itu. Langkah pencegahan yang diambil bersesuaian dengan masa dan keadaan," katanya.

Katanya, jika dibandingkan dengan kadar kematian akibat Zika dan Ebola, korban akibat COVID-19 jauh lebih rendah berbanding wabak lain.

"Jadi, apa yang berlaku sebenarnya ialah terlalu membesar-besarkan kesan negatif wabak itu," katanya.

"Satu perkara positif mengenai ekonomi China ialah negara ini mampu membangunkan ekonomi digital, jadi pelajar boleh belajar dalam talian...saya juga terkejut bila dengar ada beberapa mahkamah di China sedang menjalankan perbicaraan secara dalam talian," kata Tourk.

"Rakyat China sangat berdaya cipta dan pelbagai usaha telah diambil untuk mengurangkan kesan penularan penyakit...Negara itu telah mengambil langkah yang tepat dalam menangani krisis," katanya.

Tourk menyeru semua masyarakat dunia bersama-sama berganding bahu dalam memerangi virus itu.

"Negara China yang sihat bermakna ekonomi dunia juga sihat," tambah Tourk.

- Bernama

Lihat Komen
ADS