Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rundingan tergendala, 80 pekerja syarikat elektronik berpiket
Diterbitkan:  Feb 14, 2020 11:04 PM
Dikemaskini: 3:04 PM

Kira-kira 80 pekerja yang juga anggota Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Sem. Malaysia (EIEUWR) mengadakan piket Hari Kekasih di luar ibu pejabat Nichicon Malaysia di Bandar Baru Bangi, Selangor hari ini.

Nichicon adalah syarikat pengeluar produk litar dan kapasitor elektrolitik yang mula beroperasi di Malaysia pada April 1990.

Kesatuan sekerjanya mendapat pengiktirafan pada 17 April 2014 daripada menteri sumber manusia ketika itu, Richard Riot, kira-kira 18 bulan selepas proses penubuhannya bermula pada 2012.

Menurut Setiausaha Agung EIEUWR Bruno Pereira, kesatuan itu sejak itu dihadapkan dengan beberapa kes mahkamah yang berlanjutan hampir empat tahun.

"Selepas syarikat kalah dalam kes itu, kesatuan menghantar kertas cadangan yang mengandungi 58 perkara untuk persetujuan bersama pertama pada 27 Februari 2019.

"Bagaimanapun selepas lapan bulan berunding, kita hanya berjaya putuskan 34 perkara. Proses bergerak dengan sangat perlahan kerana syarikat menolak beberapa perkara penting seperti tempoh dan tarikh kuatkuasa persetujuan, justeru menjadikan proses rundingan tidak bermakna," kata Pereira.

Susulan rundingan yang tergendala, kesatuan menganjurkan piket aman petang tadi yang berlangsung kira-kira sejam.

Pereira mendakwa proses rundingan masih tertangguh apabila syarikat menolak cadangan kesatuan untuk memulakan semula rundingan tanpa syarat, menyebabkan pihaknya tiada pilihan selain berpiket.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Nichicon untuk mendapatkan maklum balas.

Lihat Komen
ADS