Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kami tak reda kerajaan dirompak di tengah jalan'

Pakatan Harapan (PH) tidak pernah reda dengan perbuatan 'merompak kerajaan' di tengah jalan, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Selaku menteri pertahanan ketika itu, Mohamad berkata, beliau sudah mendapat maklumat mengenai gerakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, untuk mewujudkan kerajaan dominasi Melayu di negara ini.

"Yang menang PH, jadi pembangkang, hak kalah memerintah. Dalam dunia tak pernah berlaku melainkan di Malaysia tanah airku.

"Muhyiddin dan geng, kamu tidak akan senang menerima kebangkitan rakyat yang jitu sekarang ini.

"Kami tak reda kerajaan dirompak di tengah jalan. Kalau hebat kenapa tak tunggu lima tahun?" katanya ketika Ceramah Jelajah Pakatan Harapan di Klang, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

Tambah Mohamad lagi, PH akan menggunakan saluran perlembangaan ataupun undang-undang bagi mengembalikan kerajaan PH.

Hadir sekali sebulan

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Pemilihan Muhyiddin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyidin dipilih selepas proses temu duga Sultan Abdullah dengan semua anggota parlimen yang dibuat bagi menentukan jawatan perdana menteri.

Krisis politik berlaku apabila bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, bersama 10 ahli parlimen parti itu menjadi ahli parlimen bebas, diikuti dengan keputusan Muhyiddin membawa Bersatu keluar PH.

Mahathir kemudian melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Muhyiddin membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan disokongan Umno, PAS, GPS dan bebas.

Sementara itu Saifuddin berkata, beliau bersimpati dengan Muhyiddin yang juga pesakit kanser untuk berdepan tekanan sebagai perdana menteri.

Jelas Saifuddin, ketika berada dalam kabinet PH sebelum ini, Muhyiddin tidak dapar hadir mesyuarat jemaah menteri yang berlangsung empat kali sebulan.

"Saya kasihan dengan beliau, kalau sebulan kami mesyuarat kabinet empat kali setiap hari Rabu, beliau datang sekali saja sebulan, tiga minggu lagi cuti sakit .

"Saya fikir, kalau dah kedudukan kesihatan macam itu sekarang ambil jawatan perdana menteri dengan tekanan, dengan segala macam, dia pesakit kanser, simpati saya pada dia.

"Tuan-tuan dia (Muhyiddin) sekarang perdana menteri, yang pertama dia berhempas pulas untuk hapuskan persepsi dia sebagai pengkhianat, itu cabaran yang pertama," kata Saifuddin dalam ceramahnya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata sememangnya pengkhianatan adalah sesuatu yang pedih untuk dihadapinya.

Namun katanya, Nabi Muhammad SAW juga dalam perjuangan pernah dikhiati malah ia jauh lebih hebat berbanding apa yang didepani PH ketika ini.

Lihat Komen
ADS