Kongres PSM bincang strategi tambah ahli
Terjemahan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih belum didaftar berharap delegasi yang menghadiri kongres tahunan kali ke-8nya esok akan mengemukakan strategi untuk menambah keahlian dan penyokongnya di seluruh negara.
Terjemahan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih belum didaftar berharap delegasi yang menghadiri kongres tahunan kali ke-8nya esok akan mengemukakan strategi untuk menambah keahlian dan penyokongnya di seluruh negara.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvam berkata topik berkenaan akan dibahaskan secara menyeluruh dalam persidangan dua hari di Pulau Pinang itu kerana parti tersebut mahu mengembangkan pengaruhnya ke negeri lain, setelah bertapak di Selangor dan Perak.
Perbincangan mengenai topik itu akan dimulakan dengan poembentangan kertaskerja bertajuk 'Mengapa pengaruh PSM hanya di dua negeri sahaja?'. Dua kertaskerja berhubung isu itu akan dibentangkan oleh perwakilan dari Kuala Lumpur, V Selvam dan Suresh Kumar dari Pahang.
"Kami sudah bertapak di Perak dan Selangor dengan jumlah ahil berdaftar kira-kira 5,000 orang, tetapi kami sedar PSM perlu membina pengaruh di negeri-negeri lain jika mahu merealisasikan agenda mewujudkan sebuah sistem sosialis di negara ini,"katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, PSM perlu mengkaji semula pilihan-pilihan dan langkah-langkah menambah jumlah keahlianya dengan tidak mengorbankan syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan.
"PSM mempunyai syarat-syarat penubuhan cawangan yang ketat. Kami tidak percaya kepada angka yang besar, apa yang diutamakan ialah ahli-ahli yang memahami ideologi parti. Sesiapa yang menyertai PSM perlu memahami lebih dahulu ideologi perjuangan PSM,"jelasnya.
Arutchelvan juga mengesahkan kongres kali ini tidak akan membincangkan tindakan susulan PSM andainya Mahkamah Rayuan tidak menerima rayuannya terhadap keputusan kerajaan menolak pendaftarannya sebagai sebuah parti politik nasional.
"Saya tidak fikir perkara itu perlu dibincangkan kerana kami telah memutuskan akan membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan jika Mahkamah Rayuan menolaknya.
"Kami sudah menjangkakan proses mahkamah ini akan memakan masa yang lama sebelum keputusan muktamad diperolehi," tambahnya.
Parti negeri Selangor
Kerana itulah katanya, seorang perwakilan dari Selangor membuat usul supaya PSM didaftarkan sebagai sebuah parti politik negeri di peringkat negeri Selangor sahaja sebagaimana yang disyorkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Gopal Sri Ram yang merupakan salah seorang daripada tiga panel hakim yang mendengar rayuan PSM pada 12 April lalu.
"Memang tiada bantahan besar terhadap cadangan menjadikan PSM parti politik negeri Selangor sahaja tetapi kami perlu melihat dahulu reaksi para perwakilan lain terhadap usul tersebut,"katanya.
Mengenai atucara kongres PSM itu, Arutchelvam berkata, majlis itu akan dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Timbalan Pengerusi parti, M Sarawathy dan dikuti oleh ucapan Pengerusinya, Dr Nasir Hashim.
"Dalam ucapannya, Dr Nasir akan menyentuh beberapa perkara seperti strategi baru untuk membangunkan komponen pelbagai kaum dalam PSM dan mencari jalan untuk menjalin hubungan tidak formal dengan sektor-sektor yang melibatkan ramai ahli-ahli PSM.
"Beliau juga akan bercakap mengenai keputusan parti untuk memindah ibupejabat parti dari Subang Jaya ke Kuala Lumpur bagi membolehkan parti bergerak dengan lebih effektif," jelasnya.
Sebanyak 21 usul telah diterima dari cawangan-cawangan yang antara lainnya menyentuh cadangan menubuhkan Jawatankuasa Pekerja Asing, mengkaji hubungan parti dengan kesatuan sekerja dan mengkaji semula strategi pilihanraya PSM.
PSM ditubuhkan pada 1 Mei 1998, banyak menumpukan perhatian pada usaha memperjuangkan hak golongan pekerja terutamanya di sektor perladangan dan perkilangan. Berita asal

