Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dzulkefly mahu KKM kongsi data klinikal dengan negeri

Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad meminta Kementerian Kesihatan berkongsi data klinikal berhubung pesakit Covid-19 dengan pasukan petugas khas peringkat negeri.

Beliau yang juga ketua pasukan petugas khas Covid-19 Selangor berkata, perkongsian berkenaan penting bagi membolehkan analisis dan tindakan bersasar dilakukan dengan berkesan.

Bercakap dalam satu program Astro Awani malam tadi, beliau memberi jaminan bahawa mereka tidak mencari apa-apa data yang melibatkan maklumat peribadi pesakit.

"(Apa) yang kita mahu, pihak berkuasa berkongsi (maklumat) dengan kami.

"Kami tidak mendapat maklumat klinikal yang sangat penting. Kami tidak mahu identiti pesakit, nombor telefon, atau umur. Kami mahukan data mengenai penduduk (agar) kami dapat melakukan analisis berkaitan yang berkaitan, untuk memperbesar zon, bukan hanya daerah.

"Kami kemudiannya dapat menyasarkan ujian kami, terutamanya untuk usaha ujian pengesanan," katanya.

Ditanya mengenai kesulitan pasukan petugas negeri untuk mendapatkan data dari pihak kerajaan pusat, Dzulkefly berkata terdapat sedikit keengganan pihak mereka untuk berkongsi maklumat tersebut.

Ahli parliken Kuala Selangor itu juga memberi jaminan bahawa pasukan petugas negeri tidak berminat dengan identiti pesakit dan menegas bahawa privasi pesakit pasti dilindungi.

Lihat Komen
ADS