Semua ketua jabatan di Melaka perlu mengingatkan pegawai dan petugas awam di bawah seliaan mereka, agar kekal berada di rumah dan mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan 18 Mac hingga 14 April ini, bagi mengekang penularan Covid-19.

Ketua menterinya, Sulaiman Md Ali berkata, ia penting bagi membantu kerajaan menghentikan dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, daripada terus berpanjangan.

"Penjawat awam termasuk pegawai kanan dibenarkan bekerja dari rumah dan membawa pulang, aset keperluan seperti komputer riba dan dokumen-dokumen yang dikategorikan sebagai bukan dokumen terperingkat.

"Ketua jabatan perlu mengingatkan agar mereka kekal berada di rumah dalam tempoh ditetapkan dan memastikan mereka sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh bertugas," katanya ketika berucap memberi Amanat April 2020 kepada penjawat awam kerajaan negeri, menerusi laman Facebook miliknya, di sini, hari.

-Bernama