Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PDRM analisis 55,000 data maklumat rangkaian kontak Covid-19

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menganalisis sejumlah 55,000 data maklumat rangkaian kontak pesakit Covid-19 termasuk daripada kluster tabligh, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata data itu dianalisis pasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menggesa kontak pesakit berkenaan tampil ke hospital menjalani saringan dan ujian pengesanan Covid-19.

"Menerusi analisa dijalankan pasukan petugas itu, kami berupaya membuat jangkaan mengenai kontak rapat kepada pesakit Covid-19 dengan menggunakan kepakaran teknologi yang PDRM ada bagi membantu KKM khususnya terhadap individu dalam pemantauan (PUS) dan pesakit dalam siasatan (PUI)

“Kami juga membantu KKM memantau individu yang ingkar arahan berkurung dalam rumah apabila mereka bertindak keluar rumah," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini

Abdul Hamid berkata pihaknya juga akan mengenal pasti mereka yang paling berpotensi untuk dijangkiti wabak itu menerusi kes indeks dilaporkan.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata sehingga kini terdapat 44 pegawai dan anggota polis yang disahkan positif Covid-19, dan 900 individu lagi diarah untuk kuarantin di rumah masing-masing.

“Ia turut melibatkan seorang pegawai berpangkat Insp yang disahkan positif (Covid-19), hari ini di mana kontak rapat beliau juga turut dikuarantin di rumah.

“Semua mereka akan sentiasa dipantau bagi memastikan tiada pelanggaran arahan kuarantin di rumah berlaku,” katanya.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS