Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dua lagi bangunan di KL babitkan 6,000 penduduk kena PKPD
Diterbitkan:  Apr 7, 2020 2:37 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Kerajaan mengarahkan bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di ibu negara diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) berikutan wabak Covid-19.

Menteri Pertahanan (keselamatan), Ismail Sabri berkata, ini selepas terdapat 15 kes positif jangkitan Covid-19 dikesan di bangunan yang terletak di Jalan Masjid India itu.

Ia merupakan arahan keempat PKPD sejak pertama kali diumumkan di dua buah kampung di Simpang Renggam, Johor pada 27 Mac lalu.

"Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu.

"Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 7 April 2020 sehingga pengesanan ini tamat," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ismail berkata, berikutan itu semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Pada 30 Mac lalu, kondominium City One di Jalan Munshi Abdullah menjadi tempat ketiga dikenakan arahan PKPD sehingga 13 April ini.

Sebelum itu dua lokasi diletakkan di bawah PKPD iaitu dua kampung di Simpang Renggam, Kluang Johor dan tujuh kampung di Hulu Langat Selangor.

Sementara itu, kerajaan hari ini meletakkan kawasan Putrajaya, Jasin dan Rembau di bawah zon merah untuk kes positif Covid-19.

Ketiga-tiga daerah itu menjadi daerah ke-19, 20 dan 21 di negara ini yang dilabelkan sedemikian.

Semalam, seluruh kawasan Kuala Lumpur diklasifikasikan sebagai zon merah Covid-19 dengan Cheras menjadi daerah ke-18. 

Lihat Komen
ADS