Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penggodam mungkin curi dengar sidang video, penjawat awam diminta waspada
Diterbitkan:  Apr 7, 2020 4:43 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi amaran bahawa penggodam boleh mendengar perbualan melalui perkhidmatan sidang video yang menjadi alternatif untuk melakukan persidangan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (MCO).

Ketua Pengarah MKN, Mohd Rabin Basir berkata, Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa), melalui Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4) turut mengesan pelbagai bentuk serangan siber semasa tempoh PKP. Nacsa merupakan agensi di bawah MKN.

"Sepanjang tempoh PKP ini, perkhidmatan sidang video digunakan secara meluas oleh semua rakyat Malaysia yang bekerja di rumah.

"Salah satu aplikasi sidang video yang sering digunakan selain daripada Skype adalah aplikasi Zoom. Zoom ialah sati aplikasi sidang video web percuma.

"Aplikasi ini didapati mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam memanipulasi perisian tersebut untuk mencuri dengar perbualan pengguna," katanya dalam surat yang dilihat Malaysiakini.

Surat itu ditujukan kepada pegawai atasan penjawat awam, termasuklah Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali dan ketua setiausaha semua kementerian.

Beliau menambah bahawa peningkatan serangan terhadap laman web agensi-agensi kerajaan juga telah dikesan.

Ia termasuk serangan Advanced Persistent Threats (APT) dan pencerobohan laman sesawang kerajaan dan swasta.

Selain itu, tambahnya, NC4 juga mengesan aplikasi palsu, spam e-mel dan penipuan dalam talian.

Surat itu meminta agar perkhidmatan awam mengambil perhatian terhadap perkara itu dan lebih berhati-hati.

Dalam usaha untuk memerangi Covid-19, kerajaan menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan dijangka berakhir 14 April ini.

Lihat Komen
ADS