Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2 lagi korban Covid-19, jumlah jangkitan keseluruhan 4,119
Diterbitkan:  Apr 8, 2020 5:18 PM
Dikemaskini: 2:56 PM

Malaysia mencatatkan dua lagi kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban akibat wabak itu sebanyak 65.

Dalam sidang medianya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 166 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah sembuh 1,487, iitu 36.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 156 kes baru turut dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan 4,119 kes.

Sebanyak 76 pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 pesakit perlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan dua kematian terbaru akibat Covid-19 di Malaysia:

  • Kes kematian ke-64 (kes ke-2903) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 58 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 7 April 2020 jam 3.20 petang.
  • Kes kematian ke-65 (kes ke-1906) merupakan lelaki warganegara Pakistan berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 April 2020 jam 9.30 pagi.


Lihat Komen
ADS