Malaysiakini
BERITA

KKM akan kemuka 'pilihan' bagi bantu PM putuskan tempoh PKP

Annabelle Lee

Diterbitkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencadangkan beberapa pilihan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya untuk membuat keputusan sama ada tempoh perintah pergerakan gerakan (PKP) perlu dilanjutkan.

Ketua Pengarah kementerian Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa kenaikan kes harian dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa usaha menentang virus itu akan terus digiatkan.

"Tiada peningkatan eksponen (mendadak) dilihat dalam kes-kes kita.

"Walaupun kita belum memenangi perang ini, kita juga tidak kalah perang," katanya.

Ditanya mengenai nasihat kementerian itu sama ada PKP perlu dilanjutkan atau tidak, Noor Hisham berkata beberapa "pilihan" akan diajukan kepada eksekutif.

"Kami telah melihat laporan awal tetapi kami masih memerlukan satu atau dua hari untuk menganalisis keseluruhan data.

"Dengan data yang ada, kementerian akan membuat cadangan [...] beberapa pilihan boleh didapati dan keputusan itu terpulang kepada kabinet dan perdana menteri," katanya.

[Berita lanjut menyusul]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.