334 kes baru di Singapura, jumlah kini lebih 3,000
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan tambahan 334 kes baharu jangkitan Covid-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,252.
“Bagaimanapun, 122 kes ini tidak membayangkan penularan sumber yang tidak diketahui. Jumlah ini akan berkurangan secara progesif dan kami akan mengaitkan mereka dengan kluster sedia ada, iaitu yang membabitkan asrama pekerja asing atau sebaliknya,” kata Mak pada taklimat teknikal secara maya Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Covid-19 dan sidang akhbar di Singapura.
Mak berkata 98 orang daripada mereka adalah pemegang pas pelawat jangka panjang dan kebanyakannya tidak mempunyai kaitan dengan asrama pekerja terbabit manakala 24 merupakan Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap.
“Mereka yang dikaitkan dengan kluster yang telah dinamakan setakat ini hanya dua orang iaitu Warganegara Singapura dan PR. Selebihnya adalah pemegang pas pelawat jangka panjang. Mereka sudah dikaitkan dengan kluster yang telah dinamakan dan kebanyakannya tinggal di asrama pekerja,” katanya.
- Bernama

