Covid-19 di Malaysia: 53.4% pulih, 110 kes baru, 1 lagi korban
Malaysia mencatatkan 53.4 peratus pesakit yang pulih dari jangkitan Covid-19.
Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit pulih hari ini ialah sebanyak 119 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,766 kes.
Sebanyak 110 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 5,182 kes.
Dengan mengambil kira pesakit yang sudah pulih, kes aktif yang sedang dirawat ketika ini ialah 2,332 kes.
Daripada jumlah itu, sebanyak 56 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 29 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Satu lagi kes kematian turut dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban akibat wabak itu di Malaysia sebanyak 84 kes.
Kes kematian ke-84 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi.
Pesakit itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 9 April dan disahkan meninggal dunia pada 15 April jam 12.55 tengah hari.
[Berita lanjut menyusul]


