Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
KKM akan mula ujian besar-besaran Covid-19 tak lama lagi

Kementerian Kesihatan akan segera melakukan ujian besar-besaran untuk mengesan kes Covid-19 di kalangan orang ramai, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerajaan telah memesan alat ujian pantas (RTK) dari sebuah syarikat Korea Selatan dan berharap dapat menerimanya minggu depan.

Kit itu dihasilkan oleh SD Biosensor Inc, dan mengesan antigen pada virus yang menyebabkan Covid-19. Noor Hisham berkata, ujian mendapati alatan itu mempunyai tahap kepekaan dan kekhususan yang tinggi.

"Berita baiknya adalah, kepekaan yang kita cari adalah pada 84.4 peratus. Dan kekhususan ujian itu adalah 100 peratus," katanya pada sidang media di Putrajaya petang ini.

Sensitiviti dapat ditingkatkan jika hasil ujian dapat dibaca menggunakan perkakas khas, tambahnya.

Kit sampai minggu depan, lebih sikit

Peratusan yang disebut Noor Hisham ini bermaksud ujian tidak akan menghasilkan hasil positif palsu, tetapi kadang-kadang boleh menghasilkan keputusan negatif palsu (iaitu hasil negatif walaupun orang yang diuji mempunyai Covid-19).

Satu lagi kit iaitu RT-PCR yang merupakan ujian pada masa nyata (real time) terhadap tindak balas (genetik virus dalam) rantaian transkripsi-polimerase terbalik, yang dianggap sebagai 'piawaian terbaik' untuk diagnosis awal Covid-19, juga mempunyai masalah serupa.

Klinik ujian cara pandu lalu di hospital di Daegu, Korea Selatan.

Sebelum ini, KKM telah menguji beberapa jenama antigen RTK yang dihasilkan oleh beberapa syarikat, termasuk dari Korea Selatan dan China.

Bagaimanapun, kementerian telah memutuskan untuk tidak membeli alat ujian itu selepas mendapati kit tersebut mempunyai tahap kepekaan rendah untuk mengesan Covid-19.

Penggunaan RTK juga akan menjimatkan banyak masa dan kos untuk perkhidmatan kesihatan, berbanding dengan ujian RT-PCR yang perlu dilakukan di makmal.

Ini seterusnya, memungkinkan kementerian untuk melakukan ujian secara besar-besaran.

Pihak industri dilibat tingkat keluaran PPE

"Jadi sekarang kami akan melanjutkan untuk menguji populasi kami menggunakan antigen RTK, dan alat PCR akan melengkapi sekiranya ada keraguan daripada segi masalah apa pun.

"Saya rasa inilah yang sedang kita cuba mulakan dan mungkin kita sudah membuat perolehan untuk RTK, semoga minggu depan atau lebih sikit, kita boleh mendapatkan kit ujian antigen," katanya.

Noor Hisham berkata KKM telah melakukan ujian besar-besaran, tetapi pihaknya mengutakaman kepada kumpulan dan lokasi yang disasarkan.

Dengan RTK, ini akan membolehkan KKM memperluas lagi aktiviti saringan di kalangan orang ramai.

"Kami telah menguji lebih dari 90,000 orang setakat ini. Dan 5,182 didapati positif, hanya sekitar 5.4 peratus saja," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai alat pelindung diri (PPE) untuk barisan depan, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan telah melibatkan pihak industri tempatan untuk menghasilkan lebih banyak peralatan itu semasa wabak Covid-19.

"Ada 18 item dalam PPE. Penggunaan PPE kami adalah sebanyak 59 juta unit sebulan," jelasnya.

[Baca berita asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Lihat Komen
ADS