Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat bersidang sehari 18 Mei ini
Diterbitkan:  Apr 17, 2020 8:51 PM
Dikemaskini: 1:49 PM

Dewan Rakyat akan tetap bersidang pada 18 Mei ini, menurut satu pemberitahuan hari ini.

Berdasarkan notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, sidang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-14 tersebut akan dilangsungkan selama satu hari saja.

"Susulan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), maka persidangan Dewan Rakyat akan diadakan bagi membincangkan rang undang-undang dan usul urusan kerajaan sahaja.

"Sehubungan itu, tiada sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, usul atau kamar khas.

"Oleh yang demikian, semua pemberitahuan tersebut tidak perlu dihantar untuk mesyuarat ini," katanya.

Sementara itu beberapa ahli parlimen yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan mereka menerima notis berkenaan yang dihantar melalui e-mel.

Sementara itu Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa notis berkenaan adalah tulen.

Sidang sesi ketiga Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung selama 15 hari mulai 18 Mei hingga 23 Jun ini.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 Dis 2019 dan sepatutnya diadakan pada 9 Mac lalu.

Bagaimanapun ekoran Langkah Sheraton dan bertukarnya kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional, ia kemudian dipinda ke Mei ini.

Lihat Komen
ADS