Arab Saudi menggantung solat Terawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah dalam usaha negara itu membendung penularan Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.

Justeru, kata Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Abdul Rahman as-Sudais, Terawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan diadakan tanpa jemaah awam.

Terawih hanya akan dilakukan bersama dengan kakitangan, kata As-Sudais dalam satu ciapan di Twitter.

Kenyataan itu juga menyebut amalan sunat iktikaf - yang lazimnya banyak dilakukan orang Islam semasa Ramadan - juga dibatalkan di kedua-dua masjid berkenaan.

Selain itu, Umrah masih ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.

- Bernama