Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KKM pelawa lantikan kontrak pada doktor, pakar swasta
Diterbitkan:  Apr 22, 2020 5:47 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) mempelawa doktor swasta dan doktor pakar swasta untuk memohon pelantikan secara kontrak selama tiga hingga enam bulan bagi memberi perkhidmatan dalam menangani wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan berkata permohonan itu terbuka kepada pengamal perubatan yang berdaftar di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pakar doktor swasta ditawarkan bayaran perkhidmatan sehingga RM12,000 sebulan, manakala bayaran perkhidmatan bagi doktor swasta sehingga RM6,000 sebulan.

"Bayaran perkhidmatan bagi pelantikan secara CFS ini adalah sebagai penghargaan kepada khidmat bakti yang diberikan," jelasnyua.

Antara kriteria ditetapkan adalah pemohon mesti merupakan warganegara Malaysia, tidak berumur lebih daripada 65 tahun bagi doktor pakar swasta dan 60 tahun bagi doktor swasta.

Bagi doktor pakar swasta, mereka perlu berdaftar dengan National Specialist Register (NSR), manakala bagi dotor swasta perlu berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Pakar swasta yang berminat dengan permohonan itu mesti sekurang-kurangnya mempunyai tiga tahun pengalaman sebagai pakar perubatan, manakala doktor swasta pula mesti mempunyai sekurang- kurangnya empat tahun pengalaman sebagai pegawai perubatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 April.

Kementerian itu bagaimanapun menegaskan urusan pengambilan ini adalah bersifat sementara dan khusus untuk membantu KKM dalam menangani wabak Covid-19 dan tiada pelantikan tetap akan ditawarkan kemudian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS