1,987 kes aktif, lapan lagi zon hijau
Jumlah kes Covid-19 yang aktif di Malaysia turun dari 2,041 kepada 1,987 semalam.
Pada masa sama jumlah zon hijau, iaitu kawasan yang bebas dari jangkitan Covid-19 meningkat dari 56 menjadi 64.
Lapan zon hijau baru adalah Pasir Mas di Kelantan; Bera, Temerloh, Rompin dan Tanah Tinggi Cameron di Pahang; Jempol di Negeri Sembilan dan Tambunan di Sabah.
Kawasan yang dilabel sebagai zon jingga (kawasan yang mempunyai 20 hingga 40 kes) juga kini bertukar zon kuning (di bawah 20 kes). Kini terdapat 71 zon kuning.
Jumlah zon merah kekal 13, iaitu Petaling, Hulu Langat, Klang, Kepong, Lembah Pantai, Titiwangsa, Melaka Tengah, Seremban, Johor Bahru, Kluang, Kuantan, Kuching dan Kota Samarahan.
Lembah Pantai dengan 273 kes aktif, Kuching (212) dan Petaling (103) adalah tiga zon yang masih mempunyai lebih daripada 100 kes aktif.
Setakat ini terdapat 5,532 kes Covid-19 di Malaysia, dengan 93 kematian.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.


