GLOBAL | Gempa bumi sekuat 7.3 magnitud menggegarkan kawasan barat laut kepulauan Maluku, Indonesia malam ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku jam 8.53 malam (waktu Indonesia) dan berpusat di 180 kilometer (km) ke barat laut Maluku Tenggara dengan kedalaman 133km di Laut Banda.

BMKG menyatakan gempa itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Setakat ini belum diketahui impak gempa itu di kawasan kepulauan berkenaan.

- Bernama