Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ketua Bersatu Selangor langgar PKP? Siasatan polis selesai

  • Dikemas kini dengan perkembangan terbaru.

Polis Shah Alam sudah merakamkan kenyataan Pengerusi Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari atas dakwaan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Abdul Rashid disiasat susulan laporan polis dibuat selepas gambarnya dan 21 individu lagi berhimpun dengan berpakaian baju raya beredar di Internet.

“Kita sudah merakamkan kenyatannya semalam dan menyelesaikan siasatan.

“Kita akan serahkan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya hari ini,” kata Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Katanya polis juga merakamkan kenyataan beberapa lagi pihak dalam gambar itu.

Siasatan dijalankan bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan, denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya.

Kerajaan hanya membenarkan lawatan rumah ke rumah melibatkan keluarga terdekat sahaja pada hari raya pertama, dengan syarat hanya 20 orang dibenarkan pada satu-satu masa dan mengamalkan penjarakan sosial.

Lihat Komen
ADS