Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M perjelas gambar mesyuarat sebelum Langkah Sheraton
Diterbitkan:  Jun 2, 2020 1:22 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah bersetuju Bersatu meninggalkan PH kerana gabungan itu telah berjaya menjatuhkan Najib Razak.

Mahahir berkata demikian ketika mengulas gambar tular beliau dan pemimpin pembangkang sebelum ini, termasuk Umno dan PAS, serta bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Katanya mesyuarat itu diadakan susulan keputusan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu untuk membentuk gabungan baru dan menyampaikan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, katanya, beliau mahu perkara itu difikirkan secara mendalam terlebih dahulu.

“Akhirnya mereka setuju untuk beri masa kepada saya. Bahkan Muhyiddin beri masa kepada saya satu minggu untuk membuat keputusan.

“Namun demikian, ternampak bahawa mereka sudah pun merancang untuk keluar dari PH,” katanya.

Mahathir mendedahkan Muhyiddin beberapa kali datang berjumpa dengannya supaya bersetuju dengan cadangan itu.

“Saya tak tolak dia sama sekali, cuma saya kata saya akan fikir berkenaan perkara ini.

“Tapi saya tak setuju untuk keluar kerana pada masa itu saya berpendapat bahawa saya adalah daripada PH yang menang dengan perjuangan untuk jatuhkan Datuk Seri Najib (Razak).

“Jadi agak pelik bagi Bersatu, yang tolong jatuhkan Najib, untuk dicadang bekerjama dengan Datuk Seri Najib,” katanya.

Lihat Komen
ADS