Sindrom pasca Perdana Menteri (Bhg II)
Apabila melemparkan kritikan pedas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 7 Jun 2006, Tun Dr Mahathir Mohamad sedar bahawa beliau akan dibidas dan dituduh memungkiri janjinya untuk tidak akan campurtangan dalam halehwal kerajaan dan politik, semasa beliau berundur dahulu.
Justeru, beliau cuba memberi gambaran bahawa kerajaan pimpinan Abdullah yang tidak menepati janji untuk meneruskan beberapa projek besar yang diilhamkannya ketika menjadi Perdana Menteri, sebagai balasan kepada janjinya untuk meninggalkan politik dan tidak mencampuri urusan kerajaan.
Jika janji antara Dr Mahathir dan pentadbiran Abdullah itu benar-benar wujud, ia boleh merupakan suatu "skandal politik" yang bercanggah dengan amalan sistem demokrasi negara kita. Sebelum ini tidak ada mana-mana Perdana Menteri yang berundur, membuat sebarang janji untuk memaksa kerajaan atau Perdana Menteri baru meneruskan projek-projek mereka.
Dr Mahathir tentu akan menuntut janji yang projek-projek terbabit akan diteruskan atas nama kepentingan negara, tetapi apa logiknya sebuah kerajaan baru terpaksa "membuat janji" dengan seorang bekas Perdana Menteri yang sudah berundur untuk menjaga apa yang dinamakan "kepentingan negara"?
Keghairahan melampau Dr Mahathir untuk mempertahankan pelaksanaan projek-projek besar terbabit sehingga mendedahkan skandal "janji" yang dibuat dengan sebuah kerajaan baru, menunjukkan mungkin ada kepentingan besar yang terlibat, sehingga ia dijadikan pra-syarat sebelum Abdullah dinaikkan sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir berlagak umpama seorang tokoh politik yang amat berpengaruh dan sanggup menimbulkan Tsunami politik Umno, termasuk menyerang Pak Lah secara peribadi.
Bagaimanapun kritikan Dr Mahathir yang hebat terhadap Perdana Menteri nampaknya disahut dengan satu demi satu ikhrar sokongan tidak bebelah-bagi kepada Perdana Menteri daripada hampir seluruh pimpinan Umno dan kabinet Barisan Nasional (BN). Rasanya sebelum ini Dr Mahathir tidak pernah begitu terpencil dalam riwayat politiknya!
Ikrar taat setia
Dr Mahathir amat marah pada menteri-menteri kabinet pilihannya yang masih berada dalam kabinet Abdullah tetapi berpaling tadah dan menentang pelaksaan projek-projek besar terbabit, serta memberi ikrar kesetiaan yang tidak berbelah-bagi kepada Abdullah. Beliau mengungkit, jika mereka tidak bersetuju dengan projek-projek besar itu, kenapa tidak letak jawatan ketika itu?
Pertanyaan Dr Mahathir itu tidak sukar untuk dijawab. Semua orang tahu tiada sesiapa yang berani menentang Dr Mahathir secara terbuka pada masa itu. Tambahan pula, perbuatan meletak jawatan jika tidak bersetuju dengan dasar kerajaan bukan budaya politik BN yang dipupuk Dr Mahahtir sendiri!
Malah tidak disangka sama sekali, MCA dan persatuan-persatuan Cina yang selama ini sering berkecuali dalam segala konflik politik atau rebutan kuasa dalam Umno, kali ini telah menggagahkan diri menyokong Perdana Menteri secara terbuka!
Sebagai seorang politikus veteran, Dr Mahathir tentu sedar akan kesilapan taktiknya, terutama menyerang Perdana Menteri dari segi peribadi dan seolah-olah hendak menyingkirkan beliau dari kerusi Perdana Menteri.
Beliau mungkin terlupa, dulu sebagai Perdana Menteri, beliau berkuasa memilih dan menaikkan Abdullah sebagai penggantinya. Namun sebagai bekas Perdana Menteri, beliau sudah tidak berkuasa untuk memilih dan menaikkan sesiapa lagi. Malah membuat kritikan terbuka terhadap Perdana Menteri juga dianggap melanggar tradisi serta protokol Umno dan kerajaan!
Mungkin menyedari kseilapannya itu, beliau mengendurkan nada tegurannya dengan membuat penjelasan bahawa beliau bukan bertelagah dengan Perdana Menteri, cuma tersinggung dan berkecil hati dengan tindakan pihak tertentu yang memburuk-burukkan kepimpinan beliau dahulu.
Menurutnya, beliau hanya mahukan jawapan kepada beberapa isu seperti pemberhentian Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton, penjualan pengeluar motosikal MV Agusta pada harga satu Euro dan pengeluaran ribuan Permit Import (AP) kepada beberapa individu untuk mengimport kereta mewah.
Taktik 'lembut'
Abdullah mungkin kerana masih dihantui oleh bayang-bayang Dr Mahathir membisu dan membiarkan Dr Mahathir bebas bercakap apa sahaja termasuk melemparkan kritikan pedas terhadapnya. Malah beliau segera mengarahkan kementerian berkaitan menjawab dakwaan Dr Mahathir dengan terperinci apabila Dr Mahathir menggertak tidak akan tutup mulut jika soalannya tidak dijawab.
Oleh itu, ada penganalisis politik menganggap Dr Mahathir telah memenangi pusingan pertama kritikannya terhadap Perdana Menteri, kerana sebelum ini, beliau telah disekat oleh media arus perdana, tetapi sekarang kritikan pedasnya telah mendapat liputan besar-besaran di semua media, termasuk media tempatan.
Namun adakah jawapan kementerian terbabit, tanpa mengubah keputusan untuk menghentikan projek-projek besar berkenaan, akan memuaskan hati Dr Mahathir?
Kini di hadapan Dr Mahathir hanya ada dua pilihan. Satu, diteruskan malah diperluaskan konflik politik antara beliau dengan Abdullah dengan syarat beliau yakin mendapat sokongan yang mencukupi dalam pimpinan Umno sekarang.
Yang kedua ialah mencari penyelesaian dengan retorik demi "perpaduan Umno dan orang Melayu". Untuk mencapai tujuan ini, Dr Mahathir mesti diberi muka yang cukup dan kepentingan beliau serta kroninya juga mesti dijaga.
Abdullah nampaknya menggunakan taktik 'lembut' bagi memencilkan Dr Mahathir melalui ikrar sokongan pimpinan Umno dan BN serta mengarahkan kementerian berkaitan menjawab secara terperinci semua dakwaan Dr Mahathir.
Perdana Menteri cuba menghulurkan tangga kepada bekas bosnya untuk turun dari gelanggang tanpa menjatuhkan maruahnya. (Bersambung)