Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jaga jarak sosial jika tak mahu tempat seperti Zoo Negara ditutup - Ismail
Diterbitkan:  Jun 14, 2020 3:32 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob menekankan hari ini bahawa orang ramai harus menjaga jarak sosial di tempat awam meskipun dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Mengulas gambar di media sosial yang memaparkan orang ramai berkumpul di Zoo Negara, Ismail berkata sekiranya ada wabak Covid-19, tempat jangkitan berlaku akan ditutup.

"Kebebasan yang telah diberikan tidak bererti orang ramai bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

"Sekiranya ada kes Covid-19 di Zoo Negara misalnya, mungkin zoo akan ditutup," katanya.

Oleh itu, Ismail mengingatkan rakyat Malaysia agar menjaga kebebasan yang mereka nikmati.

Di bawah PKPP, kerajaan telah melonggarkan sekatan dengan syarat agar garis panduan jarak sosial dipatuhi.

Bagaimanapun, gambar orang yang berkumpul di Zoo Negara telah tular semalam.

Ismail berkata polis akan menghantar pegawai ke Zoo Negara bagi memastikan jarak sosial dipatuhi.

Sementara itu, Ismail berkata polis tidak akan melakukan pemeriksaan rumah ke rumah seperti dalam dua minggu pertama perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menegaskan bahawa kini terserah kepada setiap individu untuk mempraktikkan jarak sosial.

Lihat Komen
ADS