Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Empat pelajar sekolah menengah antara 21 ditahan sertai pesta dadah

Polis menahan 21 individu termasuk empat pelajar sekolah menengah yang menyertai pesta liar di sebuah apartment servis di Bukit Bintang, di Kuala Lumpur, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, mereka yang berusia antara 15 hingga 40 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Nartotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.30 pagi.

Katanya, ketika serbuan, polis telah memeriksa 34 individu yang terdiri daripada 28 lelaki dan enam wanita yang berada di kediaman terbabit.

"Daripada jumlah itu, seramai 21 orang didapati positif dadah jenis methamphetamine. Bagi mereka yang didapati negatif ujian saringan air kencing, (mereka) dibebaskan tanpa syarat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, seorang daripada mereka merupakan pelajar kolej swasta.

"Bagi tangkapan bawah umur, mereka direman selama dua hari bermula Ahad lepas manakala selebihnya direman sehingga hari ini (7 Julai)," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- Bernama

Lihat Komen
ADS