Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Covid-19: Gereja Katolik di Melaka, Johor batalkan upacara misa
Diterbitkan:  Jul 27, 2020 9:22 AM
Dikemaskini: 2:54 AM

Kawasan Uskup Johor-Melaka (MJD) membatalkan semua upacara misa di dua negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan kebimbangan terhadap penyebaran Covid-19.

MJD berkata, tindakan itu ambil selepas terdapat paderinya positif ujian Covid-19 pada 25 Julai di Bukit Tiram, Johor.

Pengumuman di Facebook menyebut semua paderi MJD terdedah kepada paderi itu dalam acara 15 Julai lalu.

“Semua misa akan dibatalkan sehingga semua pengesanan kontak selesai… (dan sehingga notis lanjut),” kata Biskop MJD Bernard Paul dalam kenyataan 25 Julai yang dimuat naik ke Facebook semalam.

Kluster Bukit Tiram diumumkan pada Sabtu selepas dua invividu tinggal dan berkhidmat di sebuah pusat agama di Johor didapati positif ujian Covid-19.

Lihat Komen
ADS