Mohd Said mahu KDRM jual BMW
Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof hari ini sekali lagi meperlekehkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang gagal mencegah penyeludupan walaupun menggunakan kereta mewah, BMW untuk mengejar penyeludup.
Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof hari ini sekali lagi meperlekehkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang gagal mencegah penyeludupan walaupun menggunakan kereta mewah, BMW untuk mengejar penyeludup.
" Kononya guna BMW untuk memintas kereta penyeludup, tetapi masih tidak dapat tangkap penyeludup dan kes penyeludupan tidak dapat di kurangkan.
"Apa gunanya KDRM guna kereta mewah itu? Lebih baik kereta BMW tersebut untuk menambah pendapatan negara," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan rakyat.
Mohd Said yang menimbul kontroversi dengan KDRM dalam isu 'tutup sebelah mata'baru-baru ini turut bertanya banyak manakah penyeludup yang dihadapkan ke mahkamah sejak KDRM menggunakan kereta BMW dalam operasi mencegah penyeludupan?
"Di Melaka, di tempat saya....semua orang menghisap rokok seludup di kedai kopi walaupun ia salah di sisi undang-undang."
"Apa dah jadi dengan KDRM...mana dia penguatkuasaan. Kalau tidak cukup pegawai boleh tambah," katanya lagi.
Beliau turut membandingkan keberkesanan perkhidmatan KDRM dengan polis yang hanya menggunakan kereta nasional Proton Waja atau Wira dalam oper4asi harian mereka.
"Anggota polis tidak perlu menggunakan kereta BMW dalam tugas hariannya, cukup dengan kereta Proton Wira atau Waja sahaja,"ujarnya.
Mohd Said juga mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan sebuah mahkamah khas untuk membicara dan menyelesaikan kes penyeludupan di negara ini.
Sebelum itu, Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) membidas Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana gagal menangani maslah kekurangan gula di Sarawak.
Katanya, apabila dilaporkan kepada kementerian, pegawai-pegawainya berkata, bekalan gula cukup sedangkan di pasar raya dan kedai runcit bekalan gula tidak mencukupi.
"Kalau beginilah sikap para pegawai kementerian, sampai bilapun masalah kekurangan bekalan gula tidak akan selesai dan pengguna akan terus menjadi mangsa," katanya.
Chong juga mendakwa, Sarawak berdepan dengan kekurangan bekalan simen walaupun syarikat pengeluar simen dimiliki Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
Katanya, harga simen juga lebih mahal iaitu RM13 sekampit seberat 50 kilogram sedangkan harga di Semenajung ialah RM9.50.
Beliau berkata, bekalan simen dari Semenanjung tidak dibenarkan masuk ke Sarawak dan ini menyebabkan harga bekalan simen di negeri itu terlalu mahal.

