Malaysiakini
BERITA

Ramlan Ibrahim letak jawatan ahli SPR

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Ogs 2020, 3:41 pagi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Ramlan Ibrahim sebagai ahli suruhanjaya itu, berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan ringkas, Unit Komunikasi Korporat SPR berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan peletakan jawatan Ramlan.

"SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR," katanya.

Ramlan, 63, dilantik menjadi Ahli SPR pada Februari 2019 dan sepatutnya berkhidmat sehingga mencapai usia 66 tahun.

Ramlan merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri.


Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.