Malaysiakini
BERITA

Covid-19: Sembilan kes baru, dua penularan tempatan

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Ogs 2020, 9:55 pagi

Kes baru penularan wabak Covid-19 di negara ini kembali ke satu angka dengan sembilan kes baru dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tujuh adalah kes import manakala dua lagi adalah penularan tempatan.

“Daripada sembilan kes baru yang dilaporkan, tujuh kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Butiran tujuh kes import tersebut adalah dari negara berikut:

  • Emiriah Arab Bersatu - 1 kes di Selangor
  • Jepun - 1 kes di Selangor
  • Switzerland - 1 kes di Selangor
  • Filipina - 1 kes di Perak
  • Pakistan - kes di Perak

Menurutnya, daripada dua kes penularan di dalam negara, satu kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu lagi kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Perincian kes penularan dalam negara membabitkan warganegara adalah di negeri Kedah. Kes itu daripada Kluster PUI Sivagangga.

“Bagi kes bukan warganegara pula adalah di negeri Selangor dan kes itu daripada Kluster Bukit Tiram,” katanya.

Dengan penambahan sembilan kes baru hari ini, jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,985, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 213 kes.

Dia juga memaklumkan tiada sebarang kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah mangsa kekal sebanyak125 orang.

Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah didiscaj daripada wad pula adalah sebanyak 96.24 peratus atau bersamaan 8,647 kes termasuk tiga kes pulih hari ini, katanya.

“Sehingga kini, terdapat dua kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), satu kes itu memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.


Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.