Malaysiakini
BERITA

Anak dakwa k'jaan guna 'politik kotor' terhadap Guan Eng

Diterbitkan
Dikemaskini 7 Ogs 2020, 12:56 pagi

Anak lelaki Lim Guan Eng mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah untuk menjatuhkan DAP dan PH.

Menerusi satu hantaran Facebook semalam, Marcus Lim berkata mereka akan melawan apa yang disifatkannya sebagai politik kotor yang digunakan terhadap pembangkang.

"Bapa saya baru ditangkap. Sejujurnya, kami sudah menjangka ia akan berlaku sejak kejatuhan kerajaan PH.

"Rancangan mereka mudah, menganiaya dan menangkap pemimpin yang tidak tunduk kepada komplot kotor mereka.

"Motif mereka jelas, untuk memusnahkan DAP dan akhirnya menghancurkan PH...Jangan bimbang, kami akan lawan. Pastinya," kata lelaki berusia 25 tahun itu.

Isteri Lim pula, Betty Chew memuat naik imej warna hitam seluruhnya pada gambar profil Facebooknya, sebagai tanda protes.

"Tuhan sedang melihat," katanya.

Lim akan didakwa di mahkamah hari ini atas pertuduhan berkaitan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bekas menteri kewangan itu juga akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos ini.

[Berita lanjut menyusul]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.