Malaysiakini
BERITA

Apa? Ingat ibu pejabat SPRM hotel selesa, Najib soal Guan Eng

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Ogs 2020, 12:28 tengahari

Najib Razak mengulas kenyataan Lim Guan Eng, yang mendakwa bekas perdana menteri itu diberi layanan yang lebih baik ketika ditahan semalaman di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Najib menegaskan beliau ditahan bukan sekali tetapi dua kali dan SPRM ketika itu berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

"Adakah anda fikir kompleks SPRM itu sebuah hotel untuk saya bermalam dengan selesa atau adakah SPRM di bawah kerajaan PH anda akan memberikan saya keistimewaan?

"Tidak seperti anda, saya ditahan dua kali untuk semalaman oleh SPRM - sekali bagi kes SRC pada bulan Julai 2018 dan sekali lagi untuk kes 1MDB pada bulan September 2018.

"Bukan itu sahaja tetapi isteri saya juga perlu bermalam di SPRM tidak seperti isteri anda yang dibenarkan pulang," katanya pada satu kenyataan kepada Malaysiakini petang ini.

Bagaimanapun, Najib tidak menyebutkan sekiranya beliau telah menghabiskan dua malam di lokap atau jika dirinya dikenakan memakai pakaian tahanan SPRM berwarna jingga seperti Lim.

Pada hujung minggu lalu, bekas perdana menteri itu berkata beliau menghabiskan masa di lokap tetapi sebuah video dari 2018 menunjukkan Najib memberitahu media sebaliknya.

Sementara itu Lim, yang ditahan pada malam Khamis, mendakwa beliau tidur di lantai kayu lokap tanpa bantal atau tilam tidak seperti Najib dan menggesa SPRM untuk menjelaskan layanan yang disifatkannya sebagai pilih kasih ini.

Bagaimanapun Najib, pada kenyataannya kepada Malaysiakini, berkata beliau tidak mempunyai peluang yang sama dengan pemimpin DAP itu kerana dapat menangguhkan waktu untuk pergi ke ibu pejabat SPRM dari jam 3 petang ke 9.30 malam.

"Mungkin jika anda pergi pada jam 3 petang dan menyelesaikan prosedurnya, SPRM tidak perlu menahan anda?

"Dan tidak seperti anda yang bernasib baik kerana mempunyai seorang peguam negara yang mengaku sendiri yang beliau merupakan lantikan politik untuk menggugurkan kes-kes anda. Ini walaupun terdapat ramai saksi yang sudah memberi keterangan di mahkamah. 

"Sementara itu, saya pula tidak memiliki peguam negaea yang mesra untuk menggugurkan kes-kes terhadap saya dan saya bersedia untuk melalui keseluruhan proses perundanfan termasuklah proses rayuan.

"Jadilah 'anak jantan'. Hadapi tuduhan di mahkamah seperti seorang lelaki sejati dan bukan menyalahkan saya, salahkan kerajaan Perikatan Nasional atau sesiapa sahaja," jelasnya.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.