Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump diiringi tinggalkan sesi taklimat susulan insiden tembakan
Diterbitkan:  Aug 11, 2020 10:37 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Presiden Donald Trump terpaksa diiring ejen Perkhidmatan Rahsia semasa meninggalkan sesi taklimat mengenai COVID-19 yang sedang berlangsung, berikutan insiden tembakan di luar Rumah Putih pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

"Ada kejadian tembakan dan seseorang telah dibawa ke hospital. Saya tidak tahu keadaannya," kata Trump.

"Nampaknya keadaan dapat dikawal dengan baik," kata Trump.

Tiada orang lain yang cedera, katanya yang diiringi dan dibawa ke Pejabat Oval.

Seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu CNN kejadian berlaku di luar perkarangan Rumah Putih berhampiran dengan Dataran Lafayette dan suspek kini ditahan.

- Bernama 

Lihat Komen
ADS