Gempa bumi kuat di Mindanoa
Diterbitkan: Sep 7, 2020 8:19 AM
GLOBAL | Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 11.23 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 82 kilometer tenggara dari Bandar Digos, Filipina dengan kedalaman 89 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.