Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PN, BN, PBS kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah
Diterbitkan:  Sep 12, 2020 10:41 AM
Dikemaskini: 2:42 AM

Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah, kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat khas semalam bersama-sama pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti itu.

"Hasil mesyuarat penting semalam, saya ingin umumkan bahawa keputusan yang telah dicapai ialah untuk menamakan gabungan parti-parti yang ada (di Sabah) bersama-sama perjuangan kita ini sebagai Gabungan Rakyat Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa bertemu bakal calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor di Pejabat Perhubungan Bersatu di sini hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS