Paling Popular
Terkini

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin berkata, pihaknya tidak akan meminta penjelasan daripada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai perubahan sokongan beberapa ahli parlimen Umno.

Katanya, ini kerana mereka yang dikatakan berada dalam senarai ahli parlimen Umno yang menukar sokongan daripada Muhyiddin Yassin kepada Anwar Ibrahim telah menafikan hal itu.

Hamzah berkata terdapat juga kenyataan PAS yang memperingatkan Umno supaya tidak berpihak kepada Anwar.

"Tidak (kami tidak akan meminta penjelasan Zahid)... Kami ada ramai rakan sekutu lain dan kebanyakan mereka menafikan (menukar sokongan). Ini menunjukkan (dakwaan Anwar) cuma sekadar gimik.

"Penjelasan apa yang kami perlukan? Untuk kami, kami mahu bersama presiden kami dan pada masa sama rakan sekutu PN teguh, mereka bersama kami, jadi tidak timbul soalan kita perlu klarifikasi ataupun tidak," katanya kepada pemberita di Tambunan, Sabah.

Pada Rabu, Anwar secara terbuka mendakwa kerajaan Muhyiddin telah runtuh. Menurut ahli parlimen Port Dickson itu, beliau telah mendapat sokongan majoriti yang "kuat dan meyakinkan" daripada ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Dakwaan berkenaan  diperkuat dengan kenyataan Zahid, yang mengakui "ramai" ahli parlimen Umno menyokong Anwar.

Berikutan itu, senarai 15 ahli parlimen Umno yang dikatakan menukar sokongannya telah muncul dalam talian. Ramai di antara mereka telah menolak menafikan terlibat dalam rancangan mengambil alih kekuasaan negara itu.

Awal hari ini, PAS telah meminta penjelasan rasmi daripada Umno berhubung kenyataan Zahid dan mengingatkan Umno mengenai kewajibannya di bawah piagam Muafakat Nasional.

Susulan itu, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada Umno berhubung isu sokongan majoriti pemimpin parti itu pada minggu depan dalam mesyuarat tertutup Muafakat Nasional.

Asyraf juga berkata Umno juga memerlukan penjelasan PAS antaranya "kemasukan PAS sebagai komponen parti dalam Parti Perikatan Nasional."

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS