Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiga pegawai SPR positif Covid-19 lepas pulang dari Sabah
  • KEMASKINI: Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh mengesahkan jumlah pegawai yang dijangkiti bertambah dari dua kepada tiga orang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiga pegawainya positif Covid-19 setelah pulang dari Sabah.

Ketika dihubungi, Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh memaklumkan bahawa kesemuanya itu kini dirawat di hospital.

"Mereka berada di Hospital Sungai Buloh untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Abdul Ghani turut mengesahkan jumlah pegawainya yang dijangkiti wabak tersebut meningkat daripada dua kepada tiga orang sejak 24 jam lalu.. 

SPR telah mengerahkan sekitar 28,656 pegawai ke Sabah untuk hari pengundian pilihan raya negeri 26 September lalu.

Malaysiakini difahamkan bahawa salah seorang pegawai yang dijangkiti adalah kes indeks Kluster Selasih.

Masih belum diketahui sama ada pegawai kedua adalah sebahagian daripada kluster sama.

Seorang lelaki berusia 34 tahun yang menetap di Presint 17, Putrajaya, yang juga pesakit kes 11,134 telah pergi ke Kota Kinabalu, Melangkap dan Kundasang dari 13 hingga 20 September dan dari 24 hingga 27 September.

Pegawai tersebut mengalami simptom pada 25 September dan positif Covid-19 pada 28 September, sehari setelah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sehingga jam 12 tengah hari semalam, Kluster Selasih mempunyai tujuh kes - yang terdiri daripada keluarga kes indeks (satu dewasa dan tiga kanak-kanak), seorang lelaki berusia 36 tahun dari Putrajaya dan seorang lelaki berusia 44 tahun dari Sepang.

Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki berusia 44 tahun itu baru-baru ini berada di Sabah.

Kementerian Kesihatan semalam berkongsi bahawa keputusan ujian untuk 13 orang kontak rapat sedang diproses.

Lihat Komen
ADS