Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Anwar terkesan kematian bayi satu tahun

Presiden PKR Anwar Ibrahim sedih dengan kematian bayi berusia satu tahun yang menjadi mangsa korban Covid-19 semalam.

Ahli parlimen Port Dickson itu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bayi itu.

"Saya juga terkesan dengan mangsa korban Covid-19 semalam yang turut melibatkan seorang bayi berusia setahun.

"Ini sangat menyayat hati tatkala keluarga tidak dapat menatap dan mengucup untuk kali terakhir," tulis Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, negara mencatat jumlah positif Covid-19 paling tinggi dalam sejarah iaitu 691 kes.

Kementerian Kesihatan turut memaklumkan terdapat empat kematian direkodkan semalam termasuk membabitkan bayi berusia satu tahun.

Dalam pada itu, Anwar yang juga ketua pembangkang meminta rakyat Malaysia supaya bersatu dan meningkatkan tahap disiplin serta amalan kebersihan.

"Beri dukungan kepada barisan hadapan dengan mematuhi standard prosedur operasi (SOP) yang ditetapkan sedari awal.

“Ini sahaja jalan dalam usaha menumpaskan wabak ini," katanya.

Lihat Komen
ADS