Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof meminta orang ramai tidak membuat spekulasi dan memberikan kepercayaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), susulan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa dia mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

“Pastinya apa yang berlaku memanaskan lagi suhu politik dengan spekulasi 'nakal' dan tentunya akan memberikan kesan kepada kesibukan tugas yang perlu dibereskan oleh pihak Istana.

“Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan menasihati agar semua rakyat tenang dan berikan kepercayaan kepada YDPA untuk memutuskan situasi dengan tepat dan bijaksana demi kepentingan rakyat.

“Mari kita relaks seketika sementara institusi raja kita sedang bertugas.

“Shhh, raja kita sedang bekerja!,” katanya dalam satu kenyataan.


Ulasan penuh Mujahid: Shhh... Raja kita sedang bekerja!


Perhatian ramai kini tertumpu kepada kemungkinan berlaku perubahan kerajaan dalam masa terdekat selepas Anwar menghadap Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara semalam.

Anwar mendakwa mendapat sokongan lebih 120 ahli parlimen dan menyerahkan “dokumen sahih” berbentuk akuan berkanun (SD) dan surat.

Istana berkata ketua pembangkang tidak mengemukakan senarai dalam pertemuan itu.

Sementara itu, Mujahid yang juga ahli Parlimen Parit Buntar berkata, senarai nama sokongan kepada Anwar akan dipersembahkan melalui ketua parti masing-masing, bukannya Anwar.

“Adapun apa sahaja yang datang dari kenyataan istana, itu adalah atas kuasa perlembagaan yang ada padanya selain wewenang tuanku dan kebijaksanaan baginda untuk membuat apa sahaja respons demi kepentingan suara rakyat di luar istana,” katanya.

Lihat Komen
ADS