Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sesi Presiden Umno mengadap Agong tangguh
Diterbitkan:  Oct 14, 2020 5:13 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

Pertemuan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok, ditangguhkan.

Ahmad Zahid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata pertemuan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

"Ditangguhkan. Tarikh belum ditentukan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui Telegram hari ini.

Semalam Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur berkata Ahmad Zahid dijadual menghadap Al-Sultan Abdullah pada 5 petang Khamis.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum kepada Seri Paduka bahawa beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS