Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan air: 15 kawasan di Klang, Shah Alam mulai malam ini
Diterbitkan:  Oct 14, 2020 11:29 PM
Dikemaskini: 3:29 PM

Sebanyak 15 kawasan di Wilayah Klang/ Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini hingga petang esok susulan kejadian paip pecah berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang, Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata berikutan kejadian paip pecah ini, Air Selangor akan menutup bekalan air pada 10.30 malam ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dan dijangka akan siap pada 9.30 pagi esok.

“Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ini iaitu Batu Belah, Sungai Putus, Teluk Kapas, Sementa, Perepat, Jalan Kapar Batu 1-8 dan Klang Utama, Bandar Klang (Batu 1-3 Jalan Meru), Bandar Baru Klang, Taman Berkley/ Eng Ann dan Jalan Goh Hock Huat.

“Selain itu, kawasan lain yang turut terjejas iaitu Bandar Sultan Sulaiman, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Utara, Sungai Sireh, Seri Perantau, Kampung Keretapi, Jalan Limbungan dan Jalan Shahbandar,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 5.30 petang, esok.

“Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila ia disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah itu dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS