Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
6 kematian, 629 kes baru, kes aktif cecah 6,000
Diterbitkan:  Oct 16, 2020 6:27 PM
Dikemaskini: 1:01 PM

Sebanyak enam lagi kematian dan 629 kes baru Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, terdapat 99 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 31 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan, katanya pada sidang media harian yang disiarkan secara langsung melalui Facebook KKM.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula melonjak menjadi 6,329 kes pada hari kesebelas peningkatan rekod tertinggi baru.

Pecahan kes antaranya, Sabah (489), Selangor (50), PP (33), Labuan (19), KL (10), Perak (9). 

Makluman ringkas KKM kes Covid-19 hari ini:

Kes sembuh=245

Jumlah kes sembuh= 12,259 kes

Kes positif= 629

(kes import=2, kes tempatan=627)

Jumlah positif= 18,758 kes

Kes kematian=6

Jumlah kes kematian= 176 kes

Kes dirawat di ICU= 99 kes

Bantuan Alat Pernafasan= 31 kes

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS