Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'wak kesan kontak rapat 2 pendatang tanpa izin positif Covid-19
Diterbitkan:  Oct 16, 2020 11:49 PM
Dikemaskini: 3:49 PM

Operasi pengesanan kontak rapat dengan dua kes positif Covid-19 membabitkan pendatang tanpa izin di Sarawak yang dikesan semalam di tapak pembinaan Hospital Umum Sarawak (HUS) dan bangunan lama Intan Sarawak, kini giat dijalankan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata seramai 271 orang pekerja telah disaring dan daripada jumlah itu, seramai 176 adalah pekerja di tapak pembinaan HUS, 81 kakitangan kontraktor dan 14 pekerja di bangunan lama Intan Sarawak.

“Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak pula telah membuat tangkapan 25 pekerja lelaki warga asing yang memasuki Sarawak secara tidah sah dalam operasi itu dan daripada jumlah itu, 17 di tapak pembinaan HUS dan lapan lagi di bangunan lama Intan Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak merangkap Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengutuk keras tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang membawa masuk migran ke Sarawak tanpa mematuhi SOP sekali gus mengundang risiko kepada rakyat negeri itu.

Dua warga asing yang positif itu dipercayai masuk ke Sarawak secara tidak sah menggunakan jalan ‘tikus’ di Lundu (sempadan Sarawak-Kalimantan) dengan bantuan majikan yang tidak bertanggungjawab.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS