Malaysiakini
BERITA

Bukan anak Sarawak perlu permit kerja untuk kempen PRN

Bernama

Diterbitkan

Bukan rakyat Sarawak yang datang ke negeri itu untuk berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang perlu mendapatkan permit kerja, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Katanya peraturan itu sememangnya sudah ada dan akan dikuatkuasakan.

“Mereka datang ke sini untuk bekerja, justeru perlu ada permit kerja bagi mereka dari Sabah atau Semenanjung Malaysia (yang datang untuk menjalankan kerja-kerja kempen),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan lawatan beliau ke kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban yang diwakilinya.

Beliau berkata kehadiran “orang luar” untuk berkempen di negeri itu tidak dapat dielakkan, sementelah tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri semakin hampir.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.