Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan sampai rakyat bencikan ahli politik - Mufti Perlis
Diterbitkan:  Oct 20, 2020 11:31 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pendemik ini (Covid-19).

“Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan telah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taksub kepada satu-satu parti poliltik atau pemimpin sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak Covid-19, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS