Malaysiakini
BERITA

Belum tahu bila PKPB berakhir, kata menteri kanan

Diterbitkan
Dikemaskini 20 Okt 2020, 10:04 pagi

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) untuk Sabah dan Lembah Klang sebelum ini masing-masing ditetapkan akan berakhir pada 26 dan 27 Okt.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata situasi masih boleh berubah-ubah.

Kerajaan masih belum tahu sama ada PKPB akan disambung atau berakhir pada tarikh yang dinyatakan itu.

"Keadaan berubah dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media harian Covid-19.

Menurut beliau jika orang ramai patuh SOP yang dikeluarkan kerajaan, PKPB mungkin boleh ditamatkan segera.

"Amalkan disiplin diri seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan, penjarakan sosial dan mematuhi aktiviti yang dibenarkan, maka InsyaAllah (PKPB akan  berakhir)," katanya.

Bagaimanapun, Ismail mengingatkan walaupun selepas PKPB berakhir, orang ramai masih perlu mematuhi SOP di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan