Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM beredar lepas dua jam di Istana Abdulaziz

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada 7.10 malam tadi, selepas berada di situ selama lebih dua jam.

Terdahulu, Muhyiddin yang dipercayai hadir bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di perkarangan istana pada 4.40 petang tadi.

Turut serta ialah Panglima Angkatan Tentera Jen Affendi Buang.

Juga kelihatan beberapa buah kenderaan rasmi milik kerajaan negeri Pahang, namun tidak dapat dipastikan siapa yang menaiki kenderaan terbabit.

Difahamkan konvoi kenderaan yang membawa perdana menteri akan terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan untuk menaiki pesawat pulang ke ibu kota.

Pada pagi tadi, Muhyiddin dilapor mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pagi tadi ialah kenderaan yang membawa Affendi.

-Bernama

Lihat Komen
ADS