Malaysiakini
BERITA

'Darurat': Tiada perutusan secara langsung dari PM malam ini

Diterbitkan
Dikemaskini 23 Okt 2020, 1:27 tengahari

Media diberitahu bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan membuat sebarang pengumuman secara langsung pada malam ini.

Ia selepas dia mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengisytiharan "darurat".

Bagaimanapun tidak jelas sama ada perdana menteri akan mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara itu malam ini.

Malaysiakini difahamkan pihak Istana juga dijangka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan malam ini.

Terdahulu, Kabinet dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Muhyiddn hari ini dilaporkan setuju dengan pelaksanaan "darurat" atas dasar menangani penularan Covid-19.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight memetik sumber berkata perintah itu perlu dipakejkan semula agar tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

Di sebelah petang, Muhyiddin ke Istana Abdulaziz di Kuantan bagi mengadap Sultan Abdullah, dipercayai berkenaan perkara itu.

Berita "darurat" itu mengundang bantahan pembangkang, antaranya oleh bekas menteri kesihatan Dr Duzlkefly Ahmad yang berkata usaha mengekang Covid-19 tidak memerlukan darurat.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula mengadaikan menyifatkan ia memungkinkan negara ke arah kediktatoran, dan kerajaan mahu menjadikan wabak itu sebagai alasan menyekat proses Parlimen.


Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan