Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Setiausaha sulit KM Sabah meninggal dunia akibat Covid-19
Diterbitkan:  Oct 25, 2020 9:27 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Setiausaha sulit Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Noorzain Tawi, 60, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Noorzain dikebumikan di tanah perkuburan Muslim di Kampung Serusup hari ini, lapor portal New Straits Times.

Noorzain sepatutnya mengangkat sumpah sebagai setiausaha sulit khas Hajiji.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Sabah baru telah diancam lonjakan kes Covid-19 selepas selesai pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept lalu.

Hajiji dan isterinya, Julia Salag turut dijangkiti wabak itu namun telah pulih.

Gelombang ketiga Covid-19 yang melanda negara ketika ini bermula di Sabah.

Ia bermula dari tahanan pendatang asing tanpa izin di penjara Tawau. Wabak itu kemudian menular ke luar dan menjangkiti komuniti.

Jangkitan Covid-19 makin menular sewaktu proses kempen PRN Sabah.

Individu yang terlibat dengan kempen kemudian membawa wabak berkenaan ke neger-negeri lain setelah kempen berakhir.

Lihat Komen
ADS