Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Raja-raja mahu mekanisme semak dan imbang dihormati'
Diterbitkan:  Oct 25, 2020 10:18 PM
Dikemaskini: 2:18 PM

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Syed Danial Syed Ahmad berkata lapan raja yang bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi berbincang behubung permohohan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat, menekankan pentingnya menghormati mekanisme semak dan imbang untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Sultan Abdullah, setelah berunding dengan Sultan dari Terengganu, Perlis, Selangor, Johor, Perak, Kedah, Yang diPertua Negeri Sembilan dan Pemangku Raja Pahang memutuskan untuk menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin bagi mengisytiharkan darurat.

Untuk rekod, Sultan Abdullah juga merupakan Sultan Pahang. Sultan Kelantan Sultan Muhammad V tidak hadir pada pertemuan itu.

Muhyiddin sebelum ini dikatakan mahu memohon perkenan pengisytiharan darurat bagi memerangi pandemik Covid-19 tetapi pengkritik mengatakan ia adalah usahanya memertahankan jawatan susulan terdapat spekulasi bahawa sekumpulan ahli parlimen Umno merancang untuk tidak menyokongnya.

Syed Danial mengatakan dalam pertemuan di Istana Negara petang ini, raja-raja telah menyampaikan pendapat mereka secara terbuka, terus terang dan saling menghormati untuk membantu Yang Di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan.

Syed Danial berkata, raja-raja mengucapkan terima kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana meminta perundingan mereka setelah mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap reputasi negara, kesejahteraan rakyat dan keyakinan pelabur.

"Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa," kata kenyataan itu.

Perkatataan "membatasi" merupakan satu-satunya perkataan yang diwarnakan merah dalam kenyataan itu. Perkataan lain berwarna hitam.

"Raja- raja turut menegaskan pentingnya prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan Negara dan mendaulatkan undang-undang, dan mengutamakan kebajikan rakyat jelata," kata kenyataan itu lagi.

Lihat Komen
ADS