Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hantaran FB 'menghasut': Ronnie Liu bebas dengan jaminan polis
Diterbitkan:  Oct 28, 2020 12:06 PM
Dikemaskini: 9:00 AM

KEMASKINI 4.45PM | Adun Sungai Pelek Ronnie Liu dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat berhubung hantaran di Facebook olehnya yang disyaki mengandungi unsur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Perkembangan ini disampaikan Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo tengah hari tadi.

Terdahulu, Liu ditahan polis ekoran hantaran Facebook berkenaan protes terhadap Raja Maha Vajiralongkorn di Thailand, yang dianggap bersifat menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan itu untuk membantu siasatan terhadapnya yang dibuat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan terhadap Liu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed semalam.

Huzir berkata polis juga menyiasat tiga lagi pengguna media sosial kerana membuat kenyataan serupa terhadap Agong.

Hantaran yang dibuat Ronnie antara lain memaparkan beberapa gambar protes di Bangkok diiringi kata-kata "Now in Bangkok. They are saying no to the King (Sekarang di Bangkok. Mereka katakan tidak kepada raja)."

Ia juga memaparkan tulisan dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Keadaan semasa di Bangkok".

Javadish Chandra

Bagaimanapun peguamnya Javadish Chandra berkata, berdasarkan hantaran itu, Liu tidak melakukan sebarang kesalahan.

Terdahulu, Gobind berkata tiada keperluan untuk menahan Liu dan menyeru agar dia dibebaskan segera.

"Kami berpendapat bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Apabila dipanggil, dia sudi pergi ke balai polis untuk memberi keterangan. Dia jelas bersedia untuk bekerjasama dan membantu polis dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.

[Baca berita asal]


Lihat Komen
ADS