Malaysiakini
BERITA

Isu petugas kesihatan tak diizin keluar PKPD dah selesai, kata Noor Hisham

Diterbitkan

Petugas kesihatan yang tinggal di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Sabah mendakwa mereka tidak dapat meninggalkan kawasan itu untuk bertugas walaupun memiliki surat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan hal tersebut sudah diatasi.

"Kami sudah menjelaskan isu ini kepada polis tetapi mereka (petugas kesihatan) perlu menunjukkan tanda nama dan surat mereka," katanya kepada Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu Noor Hisham ditanya mengenai keluhan kakitangan KKM di Sabah yang dipaparkan di media sosial mengenai kesukaran dihadapi mereka bekerja kerana pelaksanaan PKPD.

Terdapat 24 kawasan dikenakan PKPD di Sabah ketika ini.

Kes positif Covid-19 di Sabah mencatatkan jumlah yang tinggi setiap hari sejak beberapa minggu lalu. Misalnya semalam sebanyak 410 kes baru direkodkan.

Daripada jumlah itu 60 adalah dari kluster, 218 saringan kontak rapat manakala baki 132 kes lagi melalui saringan lain.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan